Saturday, 20 July 2013

Latihan ICT

Pusat Internet 1 Malaysia Skio

Objektif :


  1. Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
  2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI1M skio.
  4. Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  5. Memberi kemudahan latihan ICT secara percuma kepada pengunjung
     Selaras dengan itu pelbagai aktiviti dan latihan ICT telah dirancang  oleh PI1M Skio dalam usaha mencapai ke arah pembangunan ICT khususnya dalam kalangan komuniti yang berada di sekitar Kampung Skio.
     Pada 17 Julai 2013 satu kelas ICT telah dianjurkan bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Kelas tersebut merupakan satu usaha PI1M Skio untuk memperkenalkan aplikasi Power Point dalam penghasilkan poster. Kelas ini telah dihadiri oleh 9 orang pelajar.



Antara kanak-kanak yang terlibat

Penerangan secara individu oleh pengajar

kanak - kanak memasukkan data yang diperlukan dalam poster yang dihasilkan

Contoh poster oleh pengajar

Memasukkan data 

Penghasilan poster secara berkumpulan

Kelas secara keseluruhannya

     Terdapat pelbagai aktiviti menarik telah dirancang dan akan menyusul tiba. Selain daripada latihan ICT komuniti turut berpeluang menyertai aktiviti luar  seperti perlawanan bola sepak dan badminton bagi bagi yang berminat. Semoga lebih banyak penyertaan akan diterima untuk latihan ICT akan datang.

Sekian