Melalui pemerhatian kebanyakan pengunjung merupakan kanak kanak, remaja dan golongan belia. Walaupun sasaran utamanya adalah untuk semua golongan namun tahap kepercayaan sepenuhnya belum dapat diperolehi dari golongan dewasa dan tua. Hal ini kerana bagi mereka Pusat Internet hanya diperlukan bagi golongan muda.
Walaupun demikian ini bukan penghalang bagi kami untuk memastikan setiap lapisan komuniti mendapat apa yang ingin kami sampaikan. Oleh itu dari memaksa golongan dewasa & tua memperlajari ICT kami menggunakan pendekatan berbeza dalam usaha menarik minat mereka iaitu melalui pengenalan program berbentuk bukan ICT. Contohnya kursus pendek seperti penghasilan kek dan dekorasi kek cawan dan simen fero. Bagi kami kursus berbentuk kemahiran turut diperlukan dan penting bagi membantu dalam mempertingkatkan lagi ekonomi penduduk selaras dengan objektif penubuhan PI1M. Dengan menghadiri kursus ini setiap kemahiran yang diperolehi dapat digunakan untuk menjana pendapatan pada masa hadapan.Melihat kepada respon positif, kami turut merancang untuk mengadakan lebih banyak kursus dengan gabungan beberapa buah badan kerajaan mahupun swasta.
Sebagai kakitangan PI1M, kami turut tidak terlepas disediakan dengan pelbagai kemahiran dan kursus dari pihak bertanggungjawab iaitu UNIMAS selaku badan bertanggungjawab menyediakan latihan.
Semoga tahun baru ini membawa lebih banyak pengunjung untuk berkunjung ke PI1M Skio selain daripada mendapatkan latihan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Sebagai kakitangan PI1M, kami turut tidak terlepas disediakan dengan pelbagai kemahiran dan kursus dari pihak bertanggungjawab iaitu UNIMAS selaku badan bertanggungjawab menyediakan latihan.
Semoga tahun baru ini membawa lebih banyak pengunjung untuk berkunjung ke PI1M Skio selain daripada mendapatkan latihan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Kelas Microsoft word & membuat penanda buku |
kerja kursus |
School attack |
Pertandingan mewarna |
Pertandingan Futsal |
Dekorasi PI1M Skio oleh ahli |
Pengunjung Tegar |
Kursus Simen Fero |
Kursus Kek Cawan anjuran bersama Kolej Komuniti Mas Gading Bau |
AJK PI1M Skio |
Kempen Derma Darah anjuran Hospital Bau & PI1M Skio |
Pengunjung Hari Terbuka PI1M Skio |
Kursus Dekorasi Kek Cawan |
Kakitangan PI1M Skio, Bogag & Tanjung Bowang , Kolej komuniti dan Hospital Bau |
![]() |
Kempen Derma Darah - Pengurus PI1M Tanjung Bowang |
![]() |
Bersama Pegawai Daerah Bau, JKK Skio dan UNIMAS |
![]() |
Mesyuarat bersama Belia Kampung Skio |