Monday, 25 August 2014

Kursus Latihan Komuniti “Community Training” dan Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Bogag, Skio dan Tanjung Bowang Singai

Satu kursus latihan bersama komuniti telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Bogag, Bau Sarawak. Program ini dikendalikan oleh tenaga pengajar iaitu En. Sam Suresh Krishnakutti yang dibawa khas oleh Maxis Sdn Bhd serta dibantu oleh kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia Bogag, Skio, Tanjung Bowang Bau dan ICT UNIMAS. Program ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh pihak Maxis Sdn Bhd dibawah unit khidmat komuniti PI1M  dalam usaha membantu para usahawan dan golongan yang berminat dalam memasarkan produk mereka diatas talian. Seramai 20 orang peserta telah menyertai kursus 2 hari ini yang bermula pada 14& 15 Ogos 2014. 
Antara modul yang diajar ialah pengenalan kepada carian enjin, aplikasi google, email, membina blog dan penghasilan video. Para peserta turut diberi bimbingan & idea untuk memasarkan dan mempromosikan barangan dengan menggunakan media sosial. Kebanyakan para peserta yang mengikuti kursus ini merupakan peniaga kecil-kecilan bagi produk kraftangan, pakaian traditional dan makanan ringan seperti kerepek dan minuman tradisi . Selain itu,  pelajar lepasan SPM yang berminat tidak ketinggalan untuk turut serta bersama dalam latihan untuk komuniti ini.
  Para peserta rata-ratanya melahirkan rasa gembira kerana berpeluang mempelajari cara untuk memasarkan produk mereka secara atas talian tanpa bergantung sepenuhnya kepada kaedah jualan langsung mahupun meletakkan hasil barangan ke kedai. Ada diantara peserta sangat teruja memandangkan ini merupakan pengalaman pertama beliau menggunakan komputer. Bagi yang belum memiliki perniagaan, peluang yang diberikan untuk mengikuti kursus latihan ini dapat dijadikan sebagai pengalaman untuk memulakan perniagaan pada masa hadapan.
Selain daripada membantu komuniti, program ini turut diadakan bagi melatih pengurus PI1M untuk menjadi tenaga pengajar bagi golongan usahawan yang tidak berkesempatan untuk turut serta dalam kursus yang telah dijalankan. Ini secara tidak langsung dapat membantu PI1M dalam mencapai KPI yang telah ditetapkan.
Sehari selepas program tersebut, Pusat Internet 1 Malaysia Skio, Tanjung Bowang Singai dan Bogag juga turut mengadakan Hari Terbuka Pusat Internet yang mana PI1M Bogag telah dipilih sebagai tuan rumah. Lebih 100 orang kampung telah menghadiri aktiviti yang diadakan yang mana terdiri dari penduduk Kpg Bogag & kampung berdekatan. Antara aktiviti yang diadakan ialah pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh pihak BP Health, kuiz kemerdekaan, cabutan tiket bertuah, persembahan blog serta video yang dihasilkan oleh peserta kursus latihan komuniti, pengedaran risalah dan kelas Klik Dengan Bijak dan kursus pendek sulaman yang diajar oleh wakil kolej komuniti Mas gading Bau. Objektif utama Hari Terbuka Pusat Internet diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara kakitangan PI1M dengan komuniti setempat selain dari mempromosikan aktiviti dan perkhidmatan yang diadakan serta ditawarkan oleh PI1M. Kursus ICT yang diadakan di PI1M diadakan secara percuma kepada sesiapa yang berminat.  Jesteru itu, komuniti setempat dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang yang ada bagi kepentingan bersama.
Gambar  bersama Kakitangan Pusat Internet,ICT UNIMAS dan Kolej Komuniti Mas Gading Bau

Perbincangan Dalam Kumpulan
Kursus Sulaman oleh Kolej Komuniti Mas Gading
Melihat Hasil kerja, Blog dan Video yang dihasilkan peserta Kursus Latihan Komuniti
Perbincangan Kursus Pendek bersama wakil Kolej Komuniti Mas Gading
Pemenang Blog terbaik

Peserta Kursus Latihan Komuniti pada 14&15 Ogos 2014

Kakitangan ICT UNIMAS & penulis


Monday, 24 March 2014

Kisah Kejayaan PI1M Skio - Suku 1 2014



1.Nama Pusat Internet : 

Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Skio Bau

2. Lokasi

Kampung Skio merupakan salah sebuah kampung yang telah terpilih di Daerah Bau Sarawak bagi penempatan Pusat Internet 1 Malaysia. Pusat Internet 1 Malaysia  ini merupakan salah sebuah projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan pelaksanaannya dilakukan oleh Maxis dibawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat.  Oleh itu dalam ruangan Success Stories pada kali ini saya ingin menulis kejayaan Pusat Internet 1 Malaysia Skio membantu dalam kehidupan seorang pelajar lepasan PMR tahun 2013

3. Nama Individu/Kumpulan

Marie Monica Ak Nyohim

4. Maklumat Ringkas Individu

Marie Monica berasal dari kampung Skio Bau. Berumur 16 tahun dan bersekolah di SMK Paku. Selain itu, dia juga merupakan salah seorang ahli berdaftar PI1M Skio

5. Cerita kejayaan/ Success Story

            Kisah kejayaan PI1M Skio pada kali ini menceritakan peranan yang dimainkan Pusat Internet 1 Malaysia Skio membantu adik Marie Monica dalam persiapannya menduduki peperiksaan PMR pada tahun lepas. Selain daripada menduduki ujian, para calon PMR diwajipkan untuk menyiapkan kerja kursus & amali yang mana turut diberi penilaian & pemarkahan.
Kesibukan sebagai seorang pelajar, terlibat aktif dalam aktiviti sekolah dan tinggal di asrama secara tidak langsung menghadkan masa Marie Monica mendapatkan maklumat tambahan bagi sesi pembelajaran mahupun dalam kerja – kerja menyiapkan tugasan dan kerja kursus. Hal ini ditambah lagi dengan ketiadaan kemudahan capaian internet di sekolahnya.
Oleh itu, kesempatan pulang ke kampung pada hujung minggu digunakan sepenuhnya oleh Marie Monica untuk mencari maklumat dan mendapatkan perkhidmatan yang disediakan di PI1M Skio. Kebanyakkan masa hujung minggunya dihabiskan dengan mencari maklumat tambahan, menyiapkan kerja kursus dan mengikuti latihan ICT yang dianjurkan oleh PI1M Skio. Sekiranya terdapat masalah dalam menyiapkan tugasan dia akan merujuk kepada kakitangan PI1M Skio untuk pertanyaan dan penyelesaiannya. Selain itu, dia juga merupakan salah seorang sukarelawan yang aktif di PI1M Skio. Antara tugas sukarelawan adalah membantu kakitangan PI1M dalam menjayakan aktiviti yang dianjurkan contohnya aktiviti seperti Hari Terbuka PI1M.
Marie Monica berjaya menyiapkan setiap tugasan amali tepat pada masanya. Hasil dari kerajinan dan berkat kesungguhannya, dia mendapat keputusan cemerlang dalam tugasan amali yang diberikan. Selain itu, bagi peperiksaan PMR yang didudukinya adik Marie Monica merupakan salah seorang pelajar yang berjaya mendapat A dalam semua matapelajaran. Kecemerlangannya dalam pelajaran secara tidak langsung menjadi kebanggaan kami di PI1M Skio.



6.Photo Caption

Keputusan adik Marie Monica
                     




8 .Feedback
            Penubuhan PI1M dikawasan pedalaman sememangnya banyak membantu dalam mempertingkatkan lagi mutu pendidikan negara dalam kalangan pelajar luar bandar khususnya. Kewujudannya jika digunakan sebaik mungkin memberikan impak yang besar kepada pelajar. Hal ini kerana dengan adanya kemudahan seperti ini, pelajar tidak lagi perlu untuk turun ke bandar berdekatan dalam urusan  mendapatkan maklumat dan perkhidmatan bagi setiap tugasan yang diberikan. Selain itu, capaian internet juga merupakan salah satu sumber alternatif / tambahan dalam memperolehi ilmu pengetahuan selain daripada sesi pembelajaran disekolah dan media cetak seperti buku teks dan rujukan.
Peluang yang ada dan diberikan inilah yang digunakan oleh adik Marie Monica dalam kehidupannya sebagai seorang pelajar. Dengan adanya pusat internet dia tidak lagi perlu  turun ke pasar Bau bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kerja kursus yang merupakan salah satu elemen penting dalam penilaian PMR turut dihasilkan di PI1M Skio. Kemudahan serta perkhidmatan yang diberikan jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan oleh pusat internet di bandar. Selain itu, faktor kedudukan PI1M dalam kampung, selesa dan diperlengkapi dengan penghawa dingin dan lengkap membuatkannya tiada sebab untuk dia menolak menggunakan kemudahan yang telah disediakan. Semasa tahun 6 adik Marie Monica mendapat 4A 1 B dalam keputusan UPSR nya. Dia menyatakan sekiranya PI1M Skio wujud awal tidak mustahil baginya untuk mendapat A untuk semua matapelajaran. Hal ini kerana banyak ilmu dapat diperolehi dari internet.
Selain itu, Marie Monica turut menyatakan penglibatannya dalam aktiviti PI1M Skio memberikannya pengalaman dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan komuniti selain daripada menerima manfaat dari latihan asas ICT yang diadakan. Ini secara tidak langsung membantunya dalam mempertingkatkan lagi kemahiran dalam perhubungan sosial dan interaksi dengan orang ramai. Selain itu, latihan ICT yang diterima sedikit sebanyak mempersiapkannya dalam melangkah ke alam universiti mahupun pekerjaan di masa hadapan.

Friday, 10 January 2014

Coretan 2013

Sejak penubuhan dan beroperasi sepenuhnya pada Mei 2013 pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh PI1M Skio dalam usaha  memperkenalkan ICT dalam kalangan komuniti terutama sekali di kawasan Kpg Skio Bau. Hal ini dapat dilihat melalui pelaksanaan beberapa program seperti Open Day PI1M, Kempen Klik dengan Bijak di sekolah rendah mahupun menengah, latihan asas bagi komuniti dan kerjasama dengan kolej komuniti Mas Gading Bau

Melalui pemerhatian kebanyakan pengunjung merupakan kanak kanak, remaja dan golongan belia. Walaupun sasaran utamanya adalah untuk semua golongan namun tahap kepercayaan sepenuhnya belum dapat diperolehi dari golongan dewasa dan tua. Hal ini kerana bagi mereka Pusat Internet hanya diperlukan bagi golongan muda.

Walaupun demikian ini bukan penghalang bagi kami untuk memastikan setiap lapisan komuniti mendapat apa yang ingin kami sampaikan. Oleh itu dari memaksa golongan dewasa & tua memperlajari ICT kami menggunakan pendekatan berbeza dalam usaha menarik minat mereka iaitu melalui pengenalan program berbentuk bukan ICT. Contohnya kursus pendek seperti penghasilan kek dan dekorasi kek cawan dan simen fero. Bagi kami kursus berbentuk kemahiran turut diperlukan dan penting bagi membantu dalam mempertingkatkan lagi ekonomi penduduk selaras dengan objektif penubuhan PI1M. Dengan menghadiri kursus ini setiap kemahiran yang diperolehi dapat digunakan untuk menjana pendapatan pada masa hadapan.Melihat kepada respon positif, kami turut merancang untuk mengadakan lebih banyak kursus dengan gabungan beberapa buah badan kerajaan mahupun swasta.

Sebagai kakitangan PI1M, kami turut tidak terlepas disediakan dengan pelbagai kemahiran dan kursus dari pihak bertanggungjawab iaitu UNIMAS selaku badan bertanggungjawab menyediakan latihan.
Semoga tahun baru ini membawa lebih banyak pengunjung untuk berkunjung ke PI1M Skio selain daripada mendapatkan latihan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kelas Microsoft word & membuat penanda buku
kerja kursus
School attack
Pertandingan mewarna
Pertandingan Futsal



Dekorasi PI1M Skio oleh ahli



Pengunjung Tegar

Kursus Simen Fero

Kursus Kek Cawan anjuran bersama Kolej Komuniti Mas Gading Bau

AJK PI1M Skio

Kempen Derma Darah anjuran Hospital Bau & PI1M Skio

Pengunjung Hari Terbuka PI1M Skio

Kursus Dekorasi Kek Cawan 

Kakitangan PI1M Skio, Bogag & Tanjung Bowang , Kolej komuniti dan Hospital Bau

Kempen Derma Darah - Pengurus PI1M Tanjung Bowang

Bersama Pegawai Daerah Bau, JKK Skio dan UNIMAS

Mesyuarat bersama Belia Kampung Skio