1.Nama Pusat Internet :
Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Skio Bau
2. Lokasi
Kampung Skio merupakan salah sebuah kampung yang telah
terpilih di Daerah Bau Sarawak bagi penempatan Pusat Internet 1 Malaysia. Pusat
Internet 1 Malaysia ini merupakan salah
sebuah projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia dengan pelaksanaannya dilakukan oleh Maxis dibawah program
Pemberian Perkhidmatan Sejagat. Oleh itu
dalam ruangan Success Stories pada
kali ini saya ingin menulis kejayaan Pusat Internet 1 Malaysia Skio membantu dalam
kehidupan seorang pelajar lepasan PMR tahun 2013
3. Nama Individu/Kumpulan
Marie Monica Ak Nyohim
4. Maklumat Ringkas Individu
Marie
Monica berasal dari kampung Skio Bau. Berumur 16 tahun dan bersekolah di SMK
Paku. Selain itu, dia juga merupakan salah seorang ahli berdaftar PI1M Skio
5. Cerita kejayaan/ Success Story
Kisah
kejayaan PI1M Skio pada kali ini menceritakan peranan yang dimainkan Pusat
Internet 1 Malaysia Skio membantu adik Marie Monica dalam persiapannya
menduduki peperiksaan PMR pada tahun lepas. Selain daripada menduduki ujian, para
calon PMR diwajipkan untuk menyiapkan kerja kursus & amali yang mana turut
diberi penilaian & pemarkahan.
Kesibukan
sebagai seorang pelajar, terlibat aktif dalam aktiviti sekolah dan tinggal di asrama
secara tidak langsung menghadkan masa Marie Monica mendapatkan maklumat
tambahan bagi sesi pembelajaran mahupun dalam kerja – kerja menyiapkan tugasan
dan kerja kursus. Hal ini ditambah lagi dengan ketiadaan kemudahan capaian
internet di sekolahnya.
Oleh itu,
kesempatan pulang ke kampung pada hujung minggu digunakan sepenuhnya oleh Marie
Monica untuk mencari maklumat dan mendapatkan perkhidmatan yang disediakan di
PI1M Skio. Kebanyakkan masa hujung minggunya dihabiskan dengan mencari maklumat
tambahan, menyiapkan kerja kursus dan mengikuti latihan ICT yang dianjurkan
oleh PI1M Skio. Sekiranya terdapat masalah dalam menyiapkan tugasan dia akan
merujuk kepada kakitangan PI1M Skio untuk pertanyaan dan penyelesaiannya. Selain
itu, dia juga merupakan salah seorang sukarelawan yang aktif di PI1M Skio.
Antara tugas sukarelawan adalah membantu kakitangan PI1M dalam menjayakan
aktiviti yang dianjurkan contohnya aktiviti seperti Hari Terbuka PI1M.
Marie
Monica berjaya menyiapkan setiap tugasan amali tepat pada masanya. Hasil dari
kerajinan dan berkat kesungguhannya, dia mendapat keputusan cemerlang dalam
tugasan amali yang diberikan. Selain itu, bagi peperiksaan PMR yang didudukinya
adik Marie Monica merupakan salah seorang pelajar yang berjaya mendapat A dalam
semua matapelajaran. Kecemerlangannya dalam pelajaran secara tidak langsung
menjadi kebanggaan kami di PI1M Skio.
6.Photo Caption
![]() |
Keputusan adik Marie Monica |
8 .Feedback
Penubuhan PI1M dikawasan
pedalaman sememangnya banyak membantu dalam mempertingkatkan lagi mutu
pendidikan negara dalam kalangan pelajar luar bandar khususnya. Kewujudannya
jika digunakan sebaik mungkin memberikan impak yang besar kepada pelajar. Hal
ini kerana dengan adanya kemudahan seperti ini, pelajar tidak lagi perlu untuk
turun ke bandar berdekatan dalam urusan mendapatkan maklumat dan perkhidmatan bagi
setiap tugasan yang diberikan. Selain itu, capaian internet juga merupakan
salah satu sumber alternatif / tambahan dalam memperolehi ilmu pengetahuan selain
daripada sesi pembelajaran disekolah dan media cetak seperti buku teks dan
rujukan.
Peluang yang ada dan diberikan inilah yang digunakan oleh
adik Marie Monica dalam kehidupannya sebagai seorang pelajar. Dengan adanya
pusat internet dia tidak lagi perlu
turun ke pasar Bau bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kerja
kursus yang merupakan salah satu elemen penting dalam penilaian PMR turut
dihasilkan di PI1M Skio. Kemudahan serta perkhidmatan yang diberikan jauh lebih
murah jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan oleh pusat internet di
bandar. Selain itu, faktor kedudukan PI1M dalam kampung, selesa dan diperlengkapi
dengan penghawa dingin dan lengkap membuatkannya tiada sebab untuk dia menolak
menggunakan kemudahan yang telah disediakan. Semasa tahun 6 adik Marie Monica
mendapat 4A 1 B dalam keputusan UPSR nya. Dia menyatakan sekiranya PI1M Skio
wujud awal tidak mustahil baginya untuk mendapat A untuk semua matapelajaran.
Hal ini kerana banyak ilmu dapat diperolehi dari internet.
Selain itu, Marie Monica turut menyatakan penglibatannya
dalam aktiviti PI1M Skio memberikannya pengalaman dalam kerja-kerja yang
berkaitan dengan komuniti selain daripada menerima manfaat dari latihan asas ICT
yang diadakan. Ini secara tidak langsung membantunya dalam mempertingkatkan
lagi kemahiran dalam perhubungan sosial dan interaksi dengan orang ramai.
Selain itu, latihan ICT yang diterima sedikit sebanyak mempersiapkannya dalam
melangkah ke alam universiti mahupun pekerjaan di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment