Monday, 25 August 2014

Kursus Latihan Komuniti “Community Training” dan Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Bogag, Skio dan Tanjung Bowang Singai

Satu kursus latihan bersama komuniti telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Bogag, Bau Sarawak. Program ini dikendalikan oleh tenaga pengajar iaitu En. Sam Suresh Krishnakutti yang dibawa khas oleh Maxis Sdn Bhd serta dibantu oleh kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia Bogag, Skio, Tanjung Bowang Bau dan ICT UNIMAS. Program ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh pihak Maxis Sdn Bhd dibawah unit khidmat komuniti PI1M  dalam usaha membantu para usahawan dan golongan yang berminat dalam memasarkan produk mereka diatas talian. Seramai 20 orang peserta telah menyertai kursus 2 hari ini yang bermula pada 14& 15 Ogos 2014. 
Antara modul yang diajar ialah pengenalan kepada carian enjin, aplikasi google, email, membina blog dan penghasilan video. Para peserta turut diberi bimbingan & idea untuk memasarkan dan mempromosikan barangan dengan menggunakan media sosial. Kebanyakan para peserta yang mengikuti kursus ini merupakan peniaga kecil-kecilan bagi produk kraftangan, pakaian traditional dan makanan ringan seperti kerepek dan minuman tradisi . Selain itu,  pelajar lepasan SPM yang berminat tidak ketinggalan untuk turut serta bersama dalam latihan untuk komuniti ini.
  Para peserta rata-ratanya melahirkan rasa gembira kerana berpeluang mempelajari cara untuk memasarkan produk mereka secara atas talian tanpa bergantung sepenuhnya kepada kaedah jualan langsung mahupun meletakkan hasil barangan ke kedai. Ada diantara peserta sangat teruja memandangkan ini merupakan pengalaman pertama beliau menggunakan komputer. Bagi yang belum memiliki perniagaan, peluang yang diberikan untuk mengikuti kursus latihan ini dapat dijadikan sebagai pengalaman untuk memulakan perniagaan pada masa hadapan.
Selain daripada membantu komuniti, program ini turut diadakan bagi melatih pengurus PI1M untuk menjadi tenaga pengajar bagi golongan usahawan yang tidak berkesempatan untuk turut serta dalam kursus yang telah dijalankan. Ini secara tidak langsung dapat membantu PI1M dalam mencapai KPI yang telah ditetapkan.
Sehari selepas program tersebut, Pusat Internet 1 Malaysia Skio, Tanjung Bowang Singai dan Bogag juga turut mengadakan Hari Terbuka Pusat Internet yang mana PI1M Bogag telah dipilih sebagai tuan rumah. Lebih 100 orang kampung telah menghadiri aktiviti yang diadakan yang mana terdiri dari penduduk Kpg Bogag & kampung berdekatan. Antara aktiviti yang diadakan ialah pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh pihak BP Health, kuiz kemerdekaan, cabutan tiket bertuah, persembahan blog serta video yang dihasilkan oleh peserta kursus latihan komuniti, pengedaran risalah dan kelas Klik Dengan Bijak dan kursus pendek sulaman yang diajar oleh wakil kolej komuniti Mas gading Bau. Objektif utama Hari Terbuka Pusat Internet diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara kakitangan PI1M dengan komuniti setempat selain dari mempromosikan aktiviti dan perkhidmatan yang diadakan serta ditawarkan oleh PI1M. Kursus ICT yang diadakan di PI1M diadakan secara percuma kepada sesiapa yang berminat.  Jesteru itu, komuniti setempat dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang yang ada bagi kepentingan bersama.
Gambar  bersama Kakitangan Pusat Internet,ICT UNIMAS dan Kolej Komuniti Mas Gading Bau

Perbincangan Dalam Kumpulan
Kursus Sulaman oleh Kolej Komuniti Mas Gading
Melihat Hasil kerja, Blog dan Video yang dihasilkan peserta Kursus Latihan Komuniti
Perbincangan Kursus Pendek bersama wakil Kolej Komuniti Mas Gading
Pemenang Blog terbaik

Peserta Kursus Latihan Komuniti pada 14&15 Ogos 2014

Kakitangan ICT UNIMAS & penulis


No comments:

Post a Comment