Cerita Kejayaan
1.Nama Pusat Internet
:
Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Skio Bau
2. Lokasi
Kampung Skio merupakan salah sebuah kampung yang telah
terpilih di Daerah Bau Sarawak bagi penempatan Pusat Internet 1 Malaysia. Pusat
Internet 1 Malaysia ini merupakan salah
sebuah projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia dengan pelaksanaannya dilakukan oleh Maxis dibawah program
Pemberian Perkhidmatan Sejagat. Oleh itu
dalam ruangan Success Stories pada
kali ini saya ingin menulis kepentingan Pusat Internet kepada Komuniti setempat
khususnya dikalangan Ahli Jawatan Kuasa Kampung
(JKKK)
3. Nama Individu/Kumpulan
Seperti yang kita sedia maklum Ahli Jawatankuasa Kampung
atau lebih dikenali sebagai JKKK
merupakan kumpulan yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan &
perancangan bagi menjamin kemajuan serta kesejahteraan kampung pada masa akan
datang. Pengerusi JKKK Skio disandang oleh Ketua Kampung iaitu En Micheal Dang
Ak Misui dan dibantu oleh 20 orang ahli Exco @ ketua Biro.
4. Maklumat Ringkas
En Micheal Dang Ak Misui
Jawatan
: Ketua Kampung Skio
Umur
: 55 Tahun
Education
Level : Sekolah Rendah
Pekerjaan
: Ketua Kampung @ Bekas tentera
5. Cerita kejayaan/ Success
Story
Satu mesyuarat ringkas telah diadakan diantara JKKK
,Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M dan wakil daripada Unimas. Tujuan utama
mesyuarat ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet kepada JKKK
Kampung serta kepentingannya. Antara agenda yang dibincangkan adalah peranan
yang dimainkan oleh pusat internet bukan sahaja memberi fokus kepada
perkhidmatan ICT kepada komuniti setempat malahan jika digunakan sepenuhnya
turut membantu dalam menjana ekonomi penduduk setempat. Oleh itu ini secara
tidak langsung memberi idea kepada ketua kampung & Biro lain untuk menggunakan
Pusat Internet sebagai medium dalam memperkenalkan serta memajukan lagi kampung
Skio. Selain itu, penggunaan komputer serta kemudahan internet memudahkan JKKK
mencari maklumat selain daripada menjadikan penyimpanan maklumat & dokumen
lebih teratur.
6.Photo Caption
Mesyuarat antara JKKK Skio, Pengurus & Penolong PI1M
Skio dan wakil dari Unimas.
EN Micheal Dang baju putih (tengah) sebelah Kiri wakil
Unimas (Baju Hitam ) Enix Goh dan selebihnya Ketua Biro.
8 .Feedback
Oleh itu hasil dari mesyuarat ahli Jawatankuasa dilihat
mula tertarik dan sedar akan kepentingan dan peranan yang dimainkan oleh pusat
internet . Kemudahan yang terdapat serta
disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia dilihat banyak membantu komuniti terutamanya
kepada golongan pelajar. Menurut Ketua Kampung Skio, En Micheal Dang Pusat
Internet 1 Malysia Skio sememangnya merupakan lokasi yang sesuai untuk diadakan
mesyuarat JKKK .Kemudahan yang disediakan seperti LCD dan skrin sememangnya memudahkan ahli exconya untuk pembentangan
mengenai perkembangan Biro masing-masing. Selain itu, kemudahan seperti mesin
pencetak membolehkan minit mesyuarat dicetak sejurus selepas mesyuarat selain
daripada komputer yang sedia ada dapat digunakan untuk menaip tanpa menggunakan
tulisan tangan seperti mesyuarat terdahulu. PI1M Skio yang diperlengkapi dengan
penghawa dingin dan bilik latihan sememangnya membawa keselesaan kepada
pengguna yang menggunakannya.
Selain itu juga, penggunaan website dilihat mampu
mempromosikan Kpg Skio yang mana dilihat memiliki potensi dalam bidang pelancongan seperti pelaksanaan Homestay.
Kewujudan gua – gua serta hutan yang
belum diterokai sepenuhnya selain daripada pengamalan ekononomi tradisi mampu
menjadi faktor penarik utama kedatangan pengunjung luar untuk datang ke Skio.
Menurut En. Micheal Dang lagi, Kemudahan internet turut
mengurangkan masalah displin dikalangan belia dan remaja. Terdahulunya anak
muda kampung dilihat sering membuang
masa dengan melepak dan berlumba motosikal. Namun sejak adanya kemudahan
internet gejala ini semakin berkurangan.
Oleh itu, Ketua Kampung Skio iaitu En Micheal Dang sangat
yakin PI1M Skio dapat membantu komuniti setempat. Bukan hanya kepada sesetengah
golongan tetapi kepada semua peringkat umur jika digunakan dan dimanfaatkan
sebaik yang mungkin.