Friday, 17 May 2013

Cerita Kejayaan 


1.Nama Pusat Internet :
Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Skio Bau

2. Lokasi
Kampung Skio merupakan salah sebuah kampung yang telah terpilih di Daerah Bau Sarawak bagi penempatan Pusat Internet 1 Malaysia. Pusat Internet 1 Malaysia  ini merupakan salah sebuah projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan pelaksanaannya dilakukan oleh Maxis dibawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat.  Oleh itu dalam ruangan Success Stories pada kali ini saya ingin menulis kepentingan Pusat Internet kepada Komuniti setempat khususnya dikalangan Ahli Jawatan Kuasa Kampung  (JKKK)

3. Nama Individu/Kumpulan
Seperti yang kita sedia maklum Ahli Jawatankuasa Kampung atau lebih dikenali sebagai  JKKK merupakan kumpulan yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan & perancangan bagi menjamin kemajuan serta kesejahteraan kampung pada masa akan datang. Pengerusi JKKK Skio disandang oleh Ketua Kampung iaitu En Micheal Dang Ak Misui dan dibantu oleh 20 orang ahli Exco @ ketua Biro.

4. Maklumat Ringkas En Micheal Dang Ak Misui
Jawatan : Ketua Kampung Skio
Umur : 55 Tahun
Education Level : Sekolah Rendah
Pekerjaan : Ketua Kampung @ Bekas tentera

5. Cerita kejayaan/ Success Story

Satu mesyuarat ringkas telah diadakan diantara JKKK ,Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M dan wakil daripada Unimas. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet kepada JKKK Kampung serta kepentingannya. Antara agenda yang dibincangkan adalah peranan yang dimainkan oleh pusat internet bukan sahaja memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti setempat malahan jika digunakan sepenuhnya turut membantu dalam menjana ekonomi penduduk setempat. Oleh itu ini secara tidak langsung memberi idea kepada ketua kampung & Biro lain untuk menggunakan Pusat Internet sebagai medium dalam memperkenalkan serta memajukan lagi kampung Skio. Selain itu, penggunaan komputer serta kemudahan internet memudahkan JKKK mencari maklumat selain daripada menjadikan penyimpanan maklumat & dokumen lebih teratur.

6.Photo Caption



Mesyuarat antara JKKK Skio, Pengurus & Penolong PI1M Skio dan wakil dari Unimas.
EN Micheal Dang baju putih (tengah) sebelah Kiri wakil Unimas (Baju Hitam ) Enix Goh dan selebihnya Ketua Biro.

8 .Feedback
Oleh itu hasil dari mesyuarat ahli Jawatankuasa dilihat mula tertarik dan sedar akan kepentingan dan peranan yang dimainkan oleh pusat internet .  Kemudahan yang terdapat serta disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia dilihat banyak membantu komuniti terutamanya kepada golongan pelajar. Menurut Ketua Kampung Skio, En Micheal Dang Pusat Internet 1 Malysia Skio sememangnya merupakan lokasi yang sesuai untuk diadakan mesyuarat JKKK .Kemudahan yang disediakan seperti  LCD dan skrin  sememangnya memudahkan ahli exconya untuk pembentangan mengenai perkembangan Biro masing-masing. Selain itu, kemudahan seperti mesin pencetak membolehkan minit mesyuarat dicetak sejurus selepas mesyuarat selain daripada komputer yang sedia ada dapat digunakan untuk menaip tanpa menggunakan tulisan tangan seperti mesyuarat terdahulu. PI1M Skio yang diperlengkapi dengan penghawa dingin dan bilik latihan sememangnya membawa keselesaan kepada pengguna yang menggunakannya.

Selain itu juga, penggunaan website dilihat mampu mempromosikan Kpg Skio yang mana dilihat memiliki potensi  dalam bidang pelancongan seperti pelaksanaan Homestay. Kewujudan gua – gua  serta hutan yang belum diterokai sepenuhnya selain daripada pengamalan ekononomi tradisi mampu menjadi faktor penarik utama kedatangan pengunjung luar untuk datang ke Skio.

Menurut En. Micheal Dang lagi, Kemudahan internet turut mengurangkan masalah displin dikalangan belia dan remaja. Terdahulunya anak muda kampung dilihat sering  membuang masa dengan melepak dan berlumba motosikal. Namun sejak adanya kemudahan internet gejala ini semakin berkurangan.

Oleh itu, Ketua Kampung Skio iaitu En Micheal Dang sangat yakin PI1M Skio dapat membantu komuniti setempat. Bukan hanya kepada sesetengah golongan tetapi kepada semua peringkat umur jika digunakan dan dimanfaatkan sebaik yang mungkin.




No comments:

Post a Comment