Latar Belakang Kampung Skio
Kampung Skio merupakan sebuah perkampungan yang terletak di Daerah Bau, Kuching Sarawak. Ianya mengambil masa 45 minit perjalanan dari Bandaraya Kuching. Kampung ini memiliki lebih kurang seramai 80 buah keluarga. Terdapat juga antara penduduk yang tinggal di kawasan Kuching dan di Semenanjung Malaysia atas sebab pekerjaan, menyambung pelajaran & perkahwinan.
Kebanyakan penduduknya menjalankan ekonomi sara diri iaitu bercucuk tanam & berhuma selain daripada mengutip hasil hutan seperti rebung & paku pakis. Hasil pertanian akan dijual kepada peraih yang datang ke kampung. Terdapat juga antara penduduk menjalankan kerja pertukangan & mengayam bakul yang diperbuat daripada rotan. Selain daripada itu tidak kurang juga yang bekerja dengan badan kerajaan mahupun swasta.
Asal Usul Kampung Skio
Pada tahun 1930, terdapat satu kumpulan yang terdiri daripada 10 buah keluarga yang diketuai oleh Dapek @ Kosad. Mereka telah meninggalkan Bukit Giam dan berpindah ke sebuah kawasan yang kini dikenali sebagai kampung Skio. Setelah penubuhan Kampung Skio pada tahun 1930, Dapek @ Kosad telah dilantik oleh Orang Kaya (Tua Kampung) bagi Kampung Skio oleh Brooke Authority dan kemudiannya diikuti oleh Fredick Kenek pada 1.7.1980. Setelah 28 tahun penduduk kampung akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan pegangan lama dan menganuti agama Kristian.
No comments:
Post a Comment