Sunday, 16 June 2013

Sambutan Penutupan Gawai, Hari Ibu & Hari Bapa

 Kpg Skio 2013


Pada 29 Jun 2013, Kampung Skio akan mengadakan satu aktiviti yang melibatkan 3 sambutan yang dirai serentak iaitu Penutupan Gawai, Hari Ibu & Hari Bapa. Aktiviti ini merupakan hasil inisiatif yang telah diambil oleh Pengerusi Biro Wanita dengan sokongan dari JKKK Skio. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang. Antaranya adalah pertandingan Dayung Timongon & Dali Pogan bagi pelajar sekolah rendah, pertandingan pakaian 60 an bagi kategori junior dan senior, sesi pertukaran hadiah dalam kalangan ahli biro wanita & cabutan bertuah. Selain itu, penduduk kampung turut bakal dihiburkan dengan persembahan,koir & Live Band sambil menikmati jamuan makan malam yang disediakan.

Memandangkan aktiviti ini merupakan satu acara besar & julung kali diadakan ini secara tidak langsung memerlukan tenaga & kerjasama dari banyak pihak. Oleh itu, Pusat internet 1 Malaysia tidak terlepas peluang untuk membantu dalam menjayakan aktiviti tersebut. Antara peranan yang dimainkan & dipertanggungjawab adalah menguruskan acara Dayung Timongon dan Dali Pogan dan memastikan aktiviti yang akan diadakan dihebahkan menerusi laman sosial. Semoga dengan adanya kepercayaan yang diberikan  kepada Pusat internet 1 Malaysia Skio ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara penduduk kampung & PI1M Skio pada masa akan datang.

Monday, 10 June 2013

Hari Terbuka PI1M Skio

Pada 25 Mei 2013 satu aktiviti bersama komuniti telah diadakan di PI1M Skio.Objektif utama yang membawa kepada aktiviti ini adalah untuk membina hubungan rapat bersama komuniti selain daripada mendekatkan pelajar, ibubapa & komuniti dengan PI1M skio. 

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berumur 5-7 tahun, pertandingan mencipta Kad Gawai( Manual & Aplikasi Paint) dan pertandingan menaip terpantas. Selain itu 4 hadiah tambahan disediakan bagi setiap kategori bagi menghargai pengunjung setia ke PI1M iaitu pengunjung setia bagi lelaki & perempuan, pengunjung paling kemas & pengunjung paling bertanggungjawab. Bagi setiap kategori peserta diadili melalui kekerapan berkunjung &menggunakan kemudahan di Pusat Internet. Selain itu sikap yang ditunjukkan semasa berada di Pusat internet turut diambil kira yang mana dilihat dapat menjadi contoh kepada pengunjung yang lain.

Secara keseluruhan dapat disimpulkan aktiviti yang telah diadakan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutama sekali dari golongan kanak kanak. Bagi golongan remaja dan belia pula agak kurang sambutan disebabkan perlu untuk menghadiri acara keagamaan yang turut diadakan pada hari yang sama.

Aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung dilihat dapat membina hubungan baik dan kepercayaan antara kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia Skio dengan komuniti setempat. Kerjasama yang diberikan oleh komuniti terhadap setiap aktiviti yang dijalankan & hubungan yang dibina menjamin kepada kekekalan dan kewujudan PI1M skio pada masa yang mendatang.

Semoga hari terbuka yang akan datang dapat menarik minat pelbagai golongan untuk turut sama menyertai. Selain itu, besarlah harapan kami untuk melihat lebih banyak lagi sambutan akan diterima terutama sekali dari komuniti & penduduk di luar Kampung Skio.

Antara Ibu yang datang menemani anak-anak
                           
Antara Wakil Pra Sekolah yang menyertai Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Pertandingan Mewarna Kanak

Pertandingan Mewarna

Pertandingan Mencipta Kad Gawai

Fokus melukis

Penyampaian hadiah tempat pertama Pertandingan Mewarna Kanak-kanak oleh Cheral Peter

Antara Hadiah & Saguhati menanti peserta

Sebahagian kanak-kanak yang menyertai hari terbuka
Menunjukkan Kemahiran menggunakan komputer

Pertandingan Menaip Terpantas

Pertandingan Mencipta Kad Gawai - Aplikasi paint

Saturday, 8 June 2013

Kadar Caj Baru Perkhidmatan & Internet PI1M Skio
Berkuatkuasa 10 Jun 2013 / Isnin


Description

PI1M New Rates

Membership Fee

RM5.00 (no change)

Internet

Members

RM1.00(ALL)

Non-Member

RM1.50(ALL)

Laminating

RM2.00 A4 SIZERM1.00 I/C SIZE

Printing

RM0.30/pcs (Black & White)RM0.50-1.00 (Depending on Colour)

Photocopy

RM0.20/pcs

Scanning

RM0.50 / pc

Faxes (if available)

RM1.50(ALL) or maintain your current rates if it is higher than the rate.

WiFi

Free


Masa Beroperasi

Isnin - Jumaat 
Buka :  8 a.m - 5 p.m (1 p.m - 2 p.m - Rehat Tengahari)                                       (12.00p.m - 2.00p.m - Rehat Tengahari/ Jumaat)Sabtu 
Buka :  9 a.m - 6p.m  (1p.m - 2p.m Rehat Tengahari) 

Ahad 

Buka : 12 p.m - 6p.m