Sunday, 16 June 2013

Sambutan Penutupan Gawai, Hari Ibu & Hari Bapa

 Kpg Skio 2013


Pada 29 Jun 2013, Kampung Skio akan mengadakan satu aktiviti yang melibatkan 3 sambutan yang dirai serentak iaitu Penutupan Gawai, Hari Ibu & Hari Bapa. Aktiviti ini merupakan hasil inisiatif yang telah diambil oleh Pengerusi Biro Wanita dengan sokongan dari JKKK Skio. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang. Antaranya adalah pertandingan Dayung Timongon & Dali Pogan bagi pelajar sekolah rendah, pertandingan pakaian 60 an bagi kategori junior dan senior, sesi pertukaran hadiah dalam kalangan ahli biro wanita & cabutan bertuah. Selain itu, penduduk kampung turut bakal dihiburkan dengan persembahan,koir & Live Band sambil menikmati jamuan makan malam yang disediakan.

Memandangkan aktiviti ini merupakan satu acara besar & julung kali diadakan ini secara tidak langsung memerlukan tenaga & kerjasama dari banyak pihak. Oleh itu, Pusat internet 1 Malaysia tidak terlepas peluang untuk membantu dalam menjayakan aktiviti tersebut. Antara peranan yang dimainkan & dipertanggungjawab adalah menguruskan acara Dayung Timongon dan Dali Pogan dan memastikan aktiviti yang akan diadakan dihebahkan menerusi laman sosial. Semoga dengan adanya kepercayaan yang diberikan  kepada Pusat internet 1 Malaysia Skio ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara penduduk kampung & PI1M Skio pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment