Hari Terbuka PI1M Skio
Pada 25 Mei 2013 satu aktiviti bersama komuniti telah diadakan di PI1M Skio.Objektif utama yang membawa kepada aktiviti ini adalah untuk membina hubungan rapat bersama komuniti selain daripada mendekatkan pelajar, ibubapa & komuniti dengan PI1M skio.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berumur 5-7 tahun, pertandingan mencipta Kad Gawai( Manual & Aplikasi Paint) dan pertandingan menaip terpantas. Selain itu 4 hadiah tambahan disediakan bagi setiap kategori bagi menghargai pengunjung setia ke PI1M iaitu pengunjung setia bagi lelaki & perempuan, pengunjung paling kemas & pengunjung paling bertanggungjawab. Bagi setiap kategori peserta diadili melalui kekerapan berkunjung &menggunakan kemudahan di Pusat Internet. Selain itu sikap yang ditunjukkan semasa berada di Pusat internet turut diambil kira yang mana dilihat dapat menjadi contoh kepada pengunjung yang lain.
Secara keseluruhan dapat disimpulkan aktiviti yang telah diadakan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutama sekali dari golongan kanak kanak. Bagi golongan remaja dan belia pula agak kurang sambutan disebabkan perlu untuk menghadiri acara keagamaan yang turut diadakan pada hari yang sama.
Aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung dilihat dapat membina hubungan baik dan kepercayaan antara kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia Skio dengan komuniti setempat. Kerjasama yang diberikan oleh komuniti terhadap setiap aktiviti yang dijalankan & hubungan yang dibina menjamin kepada kekekalan dan kewujudan PI1M skio pada masa yang mendatang.
No comments:
Post a Comment