Saturday, 20 July 2013

Latihan ICT

Pusat Internet 1 Malaysia Skio

Objektif :


  1. Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
  2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI1M skio.
  4. Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  5. Memberi kemudahan latihan ICT secara percuma kepada pengunjung
     Selaras dengan itu pelbagai aktiviti dan latihan ICT telah dirancang  oleh PI1M Skio dalam usaha mencapai ke arah pembangunan ICT khususnya dalam kalangan komuniti yang berada di sekitar Kampung Skio.
     Pada 17 Julai 2013 satu kelas ICT telah dianjurkan bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. Kelas tersebut merupakan satu usaha PI1M Skio untuk memperkenalkan aplikasi Power Point dalam penghasilkan poster. Kelas ini telah dihadiri oleh 9 orang pelajar.



Antara kanak-kanak yang terlibat

Penerangan secara individu oleh pengajar

kanak - kanak memasukkan data yang diperlukan dalam poster yang dihasilkan

Contoh poster oleh pengajar

Memasukkan data 

Penghasilan poster secara berkumpulan

Kelas secara keseluruhannya

     Terdapat pelbagai aktiviti menarik telah dirancang dan akan menyusul tiba. Selain daripada latihan ICT komuniti turut berpeluang menyertai aktiviti luar  seperti perlawanan bola sepak dan badminton bagi bagi yang berminat. Semoga lebih banyak penyertaan akan diterima untuk latihan ICT akan datang.

Sekian 

Sunday, 16 June 2013

Sambutan Penutupan Gawai, Hari Ibu & Hari Bapa

 Kpg Skio 2013


Pada 29 Jun 2013, Kampung Skio akan mengadakan satu aktiviti yang melibatkan 3 sambutan yang dirai serentak iaitu Penutupan Gawai, Hari Ibu & Hari Bapa. Aktiviti ini merupakan hasil inisiatif yang telah diambil oleh Pengerusi Biro Wanita dengan sokongan dari JKKK Skio. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang. Antaranya adalah pertandingan Dayung Timongon & Dali Pogan bagi pelajar sekolah rendah, pertandingan pakaian 60 an bagi kategori junior dan senior, sesi pertukaran hadiah dalam kalangan ahli biro wanita & cabutan bertuah. Selain itu, penduduk kampung turut bakal dihiburkan dengan persembahan,koir & Live Band sambil menikmati jamuan makan malam yang disediakan.

Memandangkan aktiviti ini merupakan satu acara besar & julung kali diadakan ini secara tidak langsung memerlukan tenaga & kerjasama dari banyak pihak. Oleh itu, Pusat internet 1 Malaysia tidak terlepas peluang untuk membantu dalam menjayakan aktiviti tersebut. Antara peranan yang dimainkan & dipertanggungjawab adalah menguruskan acara Dayung Timongon dan Dali Pogan dan memastikan aktiviti yang akan diadakan dihebahkan menerusi laman sosial. Semoga dengan adanya kepercayaan yang diberikan  kepada Pusat internet 1 Malaysia Skio ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara penduduk kampung & PI1M Skio pada masa akan datang.

Monday, 10 June 2013

Hari Terbuka PI1M Skio

Pada 25 Mei 2013 satu aktiviti bersama komuniti telah diadakan di PI1M Skio.Objektif utama yang membawa kepada aktiviti ini adalah untuk membina hubungan rapat bersama komuniti selain daripada mendekatkan pelajar, ibubapa & komuniti dengan PI1M skio. 

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berumur 5-7 tahun, pertandingan mencipta Kad Gawai( Manual & Aplikasi Paint) dan pertandingan menaip terpantas. Selain itu 4 hadiah tambahan disediakan bagi setiap kategori bagi menghargai pengunjung setia ke PI1M iaitu pengunjung setia bagi lelaki & perempuan, pengunjung paling kemas & pengunjung paling bertanggungjawab. Bagi setiap kategori peserta diadili melalui kekerapan berkunjung &menggunakan kemudahan di Pusat Internet. Selain itu sikap yang ditunjukkan semasa berada di Pusat internet turut diambil kira yang mana dilihat dapat menjadi contoh kepada pengunjung yang lain.

Secara keseluruhan dapat disimpulkan aktiviti yang telah diadakan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutama sekali dari golongan kanak kanak. Bagi golongan remaja dan belia pula agak kurang sambutan disebabkan perlu untuk menghadiri acara keagamaan yang turut diadakan pada hari yang sama.

Aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung dilihat dapat membina hubungan baik dan kepercayaan antara kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia Skio dengan komuniti setempat. Kerjasama yang diberikan oleh komuniti terhadap setiap aktiviti yang dijalankan & hubungan yang dibina menjamin kepada kekekalan dan kewujudan PI1M skio pada masa yang mendatang.

Semoga hari terbuka yang akan datang dapat menarik minat pelbagai golongan untuk turut sama menyertai. Selain itu, besarlah harapan kami untuk melihat lebih banyak lagi sambutan akan diterima terutama sekali dari komuniti & penduduk di luar Kampung Skio.

Antara Ibu yang datang menemani anak-anak
                           
Antara Wakil Pra Sekolah yang menyertai Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Pertandingan Mewarna Kanak

Pertandingan Mewarna

Pertandingan Mencipta Kad Gawai

Fokus melukis

Penyampaian hadiah tempat pertama Pertandingan Mewarna Kanak-kanak oleh Cheral Peter

Antara Hadiah & Saguhati menanti peserta

Sebahagian kanak-kanak yang menyertai hari terbuka
Menunjukkan Kemahiran menggunakan komputer

Pertandingan Menaip Terpantas

Pertandingan Mencipta Kad Gawai - Aplikasi paint

Saturday, 8 June 2013

Kadar Caj Baru Perkhidmatan & Internet PI1M Skio
Berkuatkuasa 10 Jun 2013 / Isnin


Description

PI1M New Rates

Membership Fee

RM5.00 (no change)

Internet

Members

RM1.00(ALL)

Non-Member

RM1.50(ALL)

Laminating

RM2.00 A4 SIZERM1.00 I/C SIZE

Printing

RM0.30/pcs (Black & White)RM0.50-1.00 (Depending on Colour)

Photocopy

RM0.20/pcs

Scanning

RM0.50 / pc

Faxes (if available)

RM1.50(ALL) or maintain your current rates if it is higher than the rate.

WiFi

Free


Masa Beroperasi

Isnin - Jumaat 
Buka :  8 a.m - 5 p.m (1 p.m - 2 p.m - Rehat Tengahari)                                       (12.00p.m - 2.00p.m - Rehat Tengahari/ Jumaat)Sabtu 
Buka :  9 a.m - 6p.m  (1p.m - 2p.m Rehat Tengahari) 

Ahad 

Buka : 12 p.m - 6p.m

Sunday, 19 May 2013

Pusat Internet 1 Malaysia Luar dan dalam


PI1M Skio terletak di balai raya Kpg Skio yang telah diubahsuai. PI1M Skio terbahagi kepada 2 ruangan iaitu ruangan utama & bilik latihan. Setiap ruangan diperlengkapi dengan 10 buah komputer dan penghawa dingin. Selain itu di ruangan utama bahagian tengah terdapat meja kosong dan kerusi bagi menempatkan pengguna yang menggunakan kemudahan wifi & menyiapkan kerja sekolah. Sofa dan Coffee Table turut diletakkan di sebelah kaunter ruangan utama bagi pengunjung berehat.

Ruangan Depan

Ruangan Tengah

Ruangan utama

Ruangan Utama



Bilik Latihan 

Ruangan utama tengah

Ruangan utama


Friday, 17 May 2013

Cerita Kejayaan 


1.Nama Pusat Internet :
Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Skio Bau

2. Lokasi
Kampung Skio merupakan salah sebuah kampung yang telah terpilih di Daerah Bau Sarawak bagi penempatan Pusat Internet 1 Malaysia. Pusat Internet 1 Malaysia  ini merupakan salah sebuah projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan pelaksanaannya dilakukan oleh Maxis dibawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat.  Oleh itu dalam ruangan Success Stories pada kali ini saya ingin menulis kepentingan Pusat Internet kepada Komuniti setempat khususnya dikalangan Ahli Jawatan Kuasa Kampung  (JKKK)

3. Nama Individu/Kumpulan
Seperti yang kita sedia maklum Ahli Jawatankuasa Kampung atau lebih dikenali sebagai  JKKK merupakan kumpulan yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan & perancangan bagi menjamin kemajuan serta kesejahteraan kampung pada masa akan datang. Pengerusi JKKK Skio disandang oleh Ketua Kampung iaitu En Micheal Dang Ak Misui dan dibantu oleh 20 orang ahli Exco @ ketua Biro.

4. Maklumat Ringkas En Micheal Dang Ak Misui
Jawatan : Ketua Kampung Skio
Umur : 55 Tahun
Education Level : Sekolah Rendah
Pekerjaan : Ketua Kampung @ Bekas tentera

5. Cerita kejayaan/ Success Story

Satu mesyuarat ringkas telah diadakan diantara JKKK ,Pengurus dan Penolong Pengurus PI1M dan wakil daripada Unimas. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Internet kepada JKKK Kampung serta kepentingannya. Antara agenda yang dibincangkan adalah peranan yang dimainkan oleh pusat internet bukan sahaja memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti setempat malahan jika digunakan sepenuhnya turut membantu dalam menjana ekonomi penduduk setempat. Oleh itu ini secara tidak langsung memberi idea kepada ketua kampung & Biro lain untuk menggunakan Pusat Internet sebagai medium dalam memperkenalkan serta memajukan lagi kampung Skio. Selain itu, penggunaan komputer serta kemudahan internet memudahkan JKKK mencari maklumat selain daripada menjadikan penyimpanan maklumat & dokumen lebih teratur.

6.Photo Caption



Mesyuarat antara JKKK Skio, Pengurus & Penolong PI1M Skio dan wakil dari Unimas.
EN Micheal Dang baju putih (tengah) sebelah Kiri wakil Unimas (Baju Hitam ) Enix Goh dan selebihnya Ketua Biro.

8 .Feedback
Oleh itu hasil dari mesyuarat ahli Jawatankuasa dilihat mula tertarik dan sedar akan kepentingan dan peranan yang dimainkan oleh pusat internet .  Kemudahan yang terdapat serta disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia dilihat banyak membantu komuniti terutamanya kepada golongan pelajar. Menurut Ketua Kampung Skio, En Micheal Dang Pusat Internet 1 Malysia Skio sememangnya merupakan lokasi yang sesuai untuk diadakan mesyuarat JKKK .Kemudahan yang disediakan seperti  LCD dan skrin  sememangnya memudahkan ahli exconya untuk pembentangan mengenai perkembangan Biro masing-masing. Selain itu, kemudahan seperti mesin pencetak membolehkan minit mesyuarat dicetak sejurus selepas mesyuarat selain daripada komputer yang sedia ada dapat digunakan untuk menaip tanpa menggunakan tulisan tangan seperti mesyuarat terdahulu. PI1M Skio yang diperlengkapi dengan penghawa dingin dan bilik latihan sememangnya membawa keselesaan kepada pengguna yang menggunakannya.

Selain itu juga, penggunaan website dilihat mampu mempromosikan Kpg Skio yang mana dilihat memiliki potensi  dalam bidang pelancongan seperti pelaksanaan Homestay. Kewujudan gua – gua  serta hutan yang belum diterokai sepenuhnya selain daripada pengamalan ekononomi tradisi mampu menjadi faktor penarik utama kedatangan pengunjung luar untuk datang ke Skio.

Menurut En. Micheal Dang lagi, Kemudahan internet turut mengurangkan masalah displin dikalangan belia dan remaja. Terdahulunya anak muda kampung dilihat sering  membuang masa dengan melepak dan berlumba motosikal. Namun sejak adanya kemudahan internet gejala ini semakin berkurangan.

Oleh itu, Ketua Kampung Skio iaitu En Micheal Dang sangat yakin PI1M Skio dapat membantu komuniti setempat. Bukan hanya kepada sesetengah golongan tetapi kepada semua peringkat umur jika digunakan dan dimanfaatkan sebaik yang mungkin.




Friday, 10 May 2013

Kampung Skio


Latar Belakang Kampung Skio

Kampung Skio merupakan sebuah perkampungan yang terletak di Daerah Bau, Kuching Sarawak. Ianya mengambil masa 45 minit perjalanan dari Bandaraya Kuching. Kampung ini memiliki lebih kurang seramai 80 buah keluarga. Terdapat juga antara penduduk yang tinggal di kawasan Kuching dan di Semenanjung Malaysia atas sebab pekerjaan, menyambung pelajaran & perkahwinan. 

Kebanyakan penduduknya menjalankan ekonomi sara diri iaitu bercucuk tanam & berhuma selain daripada mengutip hasil hutan seperti rebung & paku pakis. Hasil pertanian akan dijual kepada peraih yang datang ke kampung. Terdapat juga antara penduduk menjalankan kerja pertukangan & mengayam bakul yang diperbuat daripada rotan. Selain daripada itu tidak kurang juga yang bekerja dengan badan kerajaan mahupun swasta.

Asal Usul Kampung Skio

Pada tahun 1930, terdapat satu kumpulan yang terdiri daripada 10 buah keluarga yang diketuai oleh Dapek @ Kosad. Mereka telah meninggalkan Bukit Giam dan berpindah ke sebuah kawasan yang kini dikenali sebagai kampung Skio. Setelah penubuhan Kampung Skio pada tahun 1930, Dapek @ Kosad telah dilantik oleh Orang Kaya (Tua Kampung) bagi Kampung Skio oleh Brooke Authority dan kemudiannya diikuti oleh Fredick Kenek pada 1.7.1980. Setelah 28 tahun penduduk kampung akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan pegangan lama dan menganuti agama Kristian.
             

Thursday, 9 May 2013

Latar Belakang


Pusat Internet 1 Malaysia Kpg Skio

PENGURUS           : Cik Janncy Nyohim
PEN. PENGURUS    : Pn. Cheryl Peter


PENGENALAN

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kg Skio mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog kami. Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan satu program anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dengan kerjasama daripada MAXIS Sdn Bhd. Tujuan utama program ini dijalankan adalah bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan penduduk luar bandar selain menyediakan kemudahan dan prasarana internet kepada penduduk luar bandar.

WAKTU OPERASI

ISNIN - AHAD (Dibuka setiap hari KECUALI cuti umum)
8.00 pagi - 5.00 petang (12.00 - 1.00 petang (rehat)

PERKHIDMATAN

Pendaftaran sebagai ahli adalah sebanyak RM5 sahaja (sekali)

INTERNET

Ahli            - RM 0.50
Bukan Ahli  - RM 1.00

PERKHIDMATAN LAIN

Ahli
- Cetak    Hitam putih       RM0.30/helai
               Warna              RM1.00
- Scan                             RM0.10/ helai
- Laminate                       RM2.00/ A4
                                       RM 0.50/IC
                                           
Bukan Ahli

- Cetak   Hitam Putih        RM 0.40/helai
             Berwarna            RM 1.20
- Scan                             RM0.20/helai
Laminate                         RM 2/ A4
                                      RM0.80/IC

KELAS KOMPUTER /ICT

- Microsoft Office Words
- Microsoft Office Excel
- Microsoft Office Power Point
- E-Aplikasi (E-Learning, E-Government)